Wanita gigit penguat kuasa DBKL didenda RM3,000

Wanita gigit penguat kuasa DBKL didenda RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita tempatan yang tular di media sosial kerana enggan memberi kerjasama serta bertindak agresif terhadap penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didenda RM3,000 oleh mahkamah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, wanita berusia 30 tahun itu dihadapkan ke mahkamah selepas didakwa menghalang tugas penjawat awam.

“Suspek didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan mengaku bersalah sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM3,000,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan tiga lelaki dan seorang wanita ditahan dipercayai menghalang pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedang bertugas di ibu negara, 5 Mac lalu.

Media melaporkan dua anggota penguat kuasa DBKL diserang penjaja tidak berlesen di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, dalam dua kejadian berasingan.

DBKL dalam kenyataan berkata dua laporan polis dibuat berhubung kejadian berkenaan kerana mendatangkan kecederaan kepada anggota penguat kuasa.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya