Walaupun saya artis, pemikiran saya masih ‘kampung’ - Elly Mazlein - Utusan Malaysia

Walaupun saya artis, pemikiran saya masih ‘kampung’ – Elly Mazlein

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENGACARA dan pelakon, Elly Mazlein melawan arus mengenai cara mendidik dan membesarkan anak- anaknya, Putri Sara Sefhia Azmi dan Haider Mateen.

Berbeza dengan sebilangan besar ibu bapa yang membebaskan anak-anak mereka memiliki media sosial dan melayari Internet, Elly pula mengambil pendekatan sebaliknya.

Bagi selebriti yang terkenal dengan nama pentas Kak Lina Pom Pom ini, tindakan menyekat dan mengehadkan penggunaan Internet dan media sosial adalah untuk melindungi anak-anaknya daripada anasir-anasir negatif yang menyelinap masuk melalui platform berkenaan.

“Saya lega kerana mengambil keputusan tersebut. Saya masih tidak membenarkan Sefhia miliki telefon pintar dan media sosial meskipun usianya sudah mencecah sembilan tahun.

“Anak-anak saya hanya dibenar menggunakan iPad untuk bermain permainan video pada hujung minggu, itu sahaja hiburan mereka.

“Saya selesa dengan cara didikan macam ini. Buat masa sekarang, tidak mengapalah mereka tidak miliki semua itu. Bila mereka sudah dewasa, mampu menilai baik buruk, barulah saya benarkan,” katanya kepada Hits.

Ada benarnya tindakan Elly itu. Cara terbaik untuk menyekat pengaruh negatif daripada media sosial dan Internet adalah menyekat anak-anak kecil daripada terdedah kepada platform-platform sedemikian.

Elly berpegang teguh dengan pendiriannya. Dia dan suami, Mohamad Azlan Che Nuh percaya menyekat anak-anak daripada penggunaan media sosial dan Internet tidak akan membuat mereka ketinggalan.

“Mereka ini masih kanak-kanak, belum pandai membuat keputusan, apatah lagi menilai baik dan buruk.

“Anak-anak perlu didikan yang baik, bagilah sedikit kebebasan untuk mereka, tetapi bukan sepenuhnya.

“Generasi saya dulu tak ada media sosial, penggunaan Internet pun terhad. Tapi tidaklah pula perkara itu membuatkan kami ketinggalan.

“Walaubagaimanapun, saya hormati keputusan ibu bapa lain yang membebaskan anak-anak kecil mereka miliki media sosial, layari Internet. Mereka berhak tentukan cara didikan anak-anak mereka.

“Tapi saya tetap dengan cara saya,” kongsinya lagi.

TIDAK LUPA ASAL USUL
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Bungaku Bakawali ini mengakui dia meneladani cara ibu bapanya mendidik anak-anak.

Katanya, ketegasan dalam tidak menabur kesenangan dan tidak menuruti kemahuan anak-anak ketika mereka masih kecil adalah cara didikan yang betul dalam membentuk moral mereka.

“Mengenai mendidik anak-anak ini, memang saya ikut cara mak ayah saya, cara orang dulu-dulu.

“Walaupun saya ini artis, mentaliti saya masih kampung sebab saya berasal dari kawasan itu.

“Saya tidak pernah malu, malah bangga mengakui saya ini orang kampung dengan pemikiran sebegitu,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya