Wakil pembangkang antara ahli Jawatankuasa Majlis Perkhidmatan Parlimen - Anwar

Wakil pembangkang antara ahli Jawatankuasa Majlis Perkhidmatan Parlimen – Anwar

ANWAR IBRAHIM - JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Majlis Perkhidmatan Parlimen akan dianggotai empat Ahli Parlimen termasuk dua wakil pembangkang dan dua senator. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelantikan ini akan dibuat oleh jawatankuasa pemilih dengan kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Kerajaan memberi jaminan dan terus komited untuk membawa cadangan pindaan seterusnya dalam fasa kedua usaha reformasi pemerkasaan institusi Parlimen Malaysia.

“Penambahbaikan dalam fasa kedua ini akan melalui sesi libat urus dengan Ahli-ahli Parlimen dan pihak berkepentingan yang relevan termasuk badan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan ia mengambil kira pandangan yang menyeluruh dan seimbang,” katanya ketika bacaan kali kedua RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 di Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya