Wajibkan hospital papar harga perkhidmatan, kos rawatan

Wajibkan hospital papar harga perkhidmatan, kos rawatan

LEE BOON CHYE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajan perlu mewajibkan semua hospital swasta memaparkan anggaran kos rawatan dan pembedahan ditawarkan mereka kepada ma­syarakat umum.

Bekas Timbalan Menteri Kesi­hatan, Datuk Dr. Lee Boon Chye berkata, langkah tersebut dapat meningkatkan ketelusan dalam sektor perkhidmatan kesihatan selain dapat dibuat perbandingan kepada semua pihak.

Malah katanya, pangkalan data juga dapat diwujudkan syarikat insurans menerusi pe­laksanaan tersebut.

“Sebagai contoh caj pembedahan bypass (pembedahan pintasan koronari) mungkin har­ganya dari RM50,000 sehingga RM200,000 di pelbagai hospital swasta.

“Daripada caj itu kita boleh tahu perbezaan harga adalah sama ada disebabkan kom­plikasi, peralatan dan perkhid­matan-perkhidmatan lain ke­pada pesakit terbabit. Jadi ia secara tidak langsung dapat memastikan ketelusan,” kata­nya kepada Mingguan Malaysia semalam.

Kelmarin, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Datuk Dr. Kalwinder Singh Khaira berkata, tindakan agensi insu­rans penjagaan kesihatan melam­batkan tuntutan pembayaran perubatan dikenal pasti menjadi punca peningkatan kos kepada doktor dan pesakit.

Malah, agensi itu sebagai pentadbir pihak ketiga (TPA) atau orang tengah dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan turut bertindak menentukan harga rawatan sehingga kos di sektor swasta meningkat naik.

Menurut Boon Chye lagi, pemantauan secara berkesan dan terperinci berhubung caj rawatan di hospital swasta sukar dilaksanakan disebabkan ketiadaan pangkalan data yang lengkap.

“Kebanyakan pesakit tidak mengetahui butiran terperinci terhadap rawatan diterima dan mereka tiada kuasa run­dingan untuk berapa kos harga, sarung tangan yang di caj, ujian darah dan sebagainya.

“Apabila adanya data lengkap berkaitan caj dan tuntutan, semua pihak boleh melakukan analisa termasuk kerajaan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya