Video sahur Ceddy Ang kembali lagi, kongsi resepi tahan lapar - Utusan Malaysia

Video sahur Ceddy Ang kembali lagi, kongsi resepi tahan lapar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengacara, Ceddy Ang, kembali mencuri tumpuan setiap kali Ramadan dengan video sahur di media sosial. 

Malah, dia juga bertekad mahu sekali lagi menyertai umat Islam berpuasa penuh untuk tahun ketiga.

“Salam Ramadan buat kawan-kawan Muslim. Ya tahun ini saya akan sertai anda semua berpuasa dan saya target mahu puasa penuh sebulan. 

“Tidak perlulah jadi negatif. Kalau ada yang mahu bercakap buruk bila orang bukan Islam berpuasa juga, simpan sahajalah.

“Asalkan kami buat dengan ikhlas dengan cara terhormat, biarkanlah,” tulisnya di hantaran Instagram pada Ahad.

Dalam video tersebut, pengacara Gimme The Mic Live + itu juga berkongsi resepi smoothies oat kurma yang membantunya kekal kenyang sehingga berbuka puasa. 

“Kalau anda ikuti saya, semua pasti tahu menu sahur saya senang sahaja seperti kurma, oat, biji chia dan susu.

“Ada yang minta saya ubah (resepi). Tapi kalau resepi ini boleh buat saya kenyang, mengapa perlu ubah?

“Ia penuh dengan nutrisi dan buat saya tahan sampai berbuka,” jelasnya.

Terdahulu, Ceddy turut berkolaborasi dengan penyanyi, Soo Wincci berkongsi tiga resepi bebola oat di media sosial. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya