Video ‘deepfake’ guna individu terkenal perdaya pelaburan palsu

Video ‘deepfake’ guna individu terkenal perdaya pelaburan palsu

PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengesan satu iklan pelaburan disyaki palsu di Facebook bagi memperdayakan orang ramai menggunakan individu terkenal termasuk Elon Musk. 

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, video tersebut berkaitan laporan berita tentang skim pelaburan yang terbuka untuk rakyat Malaysia. 

‘Skim tersebut yang kononnya diperkenalkan oleh Elon Musk hanya memerlukan orang ramai membuat pelaburan serendah RM1,200 dan bakal memperoleh keuntungan sehingga RM100,000 sebulan. 

“Video tersebut turut memaparkan Elon Musk dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok memberikan ulasan berkenaan manfaat yang disediakan oleh skim pelaburan tersebut,” katanya di sini hari ini. 

Menurutnya, video itu turut mendakwa skim pelaburan tersebut dikatakan telah diluluskan oleh kerajaan.

Bagaimanapun, pihaknya yakin video yang memaparkan dua individu itu adalah palsu dan dihasilkan melalui teknologi ‘deepfakes’ bagi mengelirukan mangsa.

“Semakan lanjut mendapati, pautan yang disertakan pada iklan skim pelaburan tersebut akan membawa pengguna ke satu lagi laman facebook lain,” katanya.

Beliau berkata, menurut keterangan di laman tersebut, skim pelaburan yang ditawarkan adalah menggunakan platform ‘Quantum AI’.

“Sesiapa sahaja boleh menyertai pelaburan tersebut walaupun tidak mempunyai sebarang pengetahuan berkaitan pelaburan.

 “Pelabur yang berminat akan diminta mengisikan nama, emel dan nombor telefon di ruangan yang disediakan dan pihak penganjur pelaburan akan menghubungi mereka untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Ramli berkata, taktik memaparkan iklan melalui laman sosial, memanipulasi video individu terkenal adalah untuk memperdayakan mangsa.

“Mangsa akan meninggalkan nama serta nombor telefon dan seterusnya sindiket menghubungi individu berkenaan untuk menerangkan perihal pelaburan.

“Ia merupakan modus operandi yang lazim digunakan oleh sindiket penipuan pelaburan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya