Veteran ATM terima sumbangan baju raya

Veteran ATM terima sumbangan baju raya

MOHAMAD Fazil Shafie (dua dari kanan) menyantuni sebahagian veteran ATM pada majlis sumbangan baju raya di Ayer Keroh, Melaka, semalam. - UTUSAN/AMRAN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai 110 orang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima sumbangan baju raya daripada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Melaka di sebuah pusat beli-belah di Ayer Keroh di sini semalam.

Yang Dipertua PVATM Melaka, Datuk Seri Mohamad Fazil Shafie berkata, sumbangan khususnya kepada veteran ATM yang uzur dan kurang berkemampuan itu adalah bagi memastikan mereka menyambut Aidilfitri dengan ceria.

“Kami mahu semua veteran ATM dapat merasai kegembiraan seperti orang lain pada pagi Syawal. Baju baharu ini bukan sekadar pakaian, tetapi simbol penghormatan kepada mereka yang telah berkorban demi tanah air.

“Sumbangan baju raya ini bukan sahaja datang daripada PVATM tetapi syarikat korporat juga turut prihatin terhadap kebajikan bekas anggota tentera. 

“PVATM komited untuk terus membantu veteran ATM agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih baik, terutama dalam menyambut hari-hari istimewa seperti Aidilfitri.” katanya kepada pemberita.

Salah seorang penerima, Siran Tamby, 67, berkata, dia bersyukur menerima sumbangan tersebut yang disifatkannya sebagai penghargaan dan penghormatan terhadap pengorbanan yang telah diberikannya kepada negara.

“Ramai rakan seperjuangan saya sudah tiada, dan ada yang hidup dalam keadaan serba kekurangan. Saya bersyukur PVATM masih sentiasa menjaga kebajikan kami,” katanya yang kehilangan sebahagian kakinya akibat jerangkap samar ketika bertugas dalam Op Selamat Sawadee di sempadan Malaysia-Thailand pada 1979.

Seorang lagi veteran tentera, Khamis Rahmat, 63, juga terharu dengan sumbangan yang diterimanya itu.

“PVATM bukan sekadar persatuan tetapi satu keluarga yang sentiasa menjaga kebajikan ahlinya. Saya amat terharu dengan sumbangan ini, PVATM banyak membantu kami, bukan sahaja pada Aidilfitri tetapi sepanjang tahun.” katanya yang turut kehilangan kaki kanannya

akibat letupan jerangkap samar di Grik, Perak pada tahun 1983. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya