Universiti Sains Malaysia (USM) berkongsi kepakaran yang ada bagi membantu murid dan pelajar meraih keputusan cemerlang dalam akademik menerusi Program Anak Kita.
Perunding Kanan Unit Peneraju Inovasi Sosial dan Pemindahan Ilmu USM, Syed Yusof Syed Kechik berkata, ia melibatkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 dan murid yang kurang masih kurang menguasai asas serta mengira menerusi Revolusi Intervensi Murid Bacaan Asas dan Mengira (Rimba). “Kedua-dua program bermula Januari lalu dan mengambil masa selama 13 bulan.
Untuk SPM, seramai 1,430 pelajar dari 58 buah sekolah menengah telah terlibat.
“Rimba pula kita membabitkan 5,420 murid bermula Tahun Dua hingga Enam dari 140 buah sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Orang Asli,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Peluncuran Program Anak Kita di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Tunjong baru-baru ini yang dirasmikan oleh Pengarah Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Nooraini Kamaruddin.
Syed Yusof memberitahu, program julung kali di Kelantan itu melibatkan seramai 90 orang guru pembimbing (GP) dan guru sokongan pemulihan (GSP). – UTUSAN