USIM yakin capai liputan internet 100 peratus akhir tahun ini

USIM yakin capai liputan internet 100 peratus akhir tahun ini

USIM komited untuk mencapai liputan internet 100 peratus menjelang akhir tahun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

SEREMBAN: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai dekat sini komited mencapai liputan internet 100 peratus menjelang akhir tahun ini.

Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, ia melalui dana Penyediaan Perkhidmatan Sejagat (USP Fund) yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Kerja-kerja pemasangan sebanyak 711 titik akses (AP) Wi-Fi 7 di USIM telah berjaya diselesaikan pada 13 Februari lalu, menjadikan capaian internet kampus kini mencapai 80 peratus.

“Sasaran 100 peratus liputan dijangka dicapai selepas pelaksanaan projek melalui bajet RMK-12 (RP5) selesai sepenuhnya menjelang penghujung tahun 2025.

“Projek naik taraf ini nanti akan memberi manfaat kepada lebih 14,000 pelajar dan 2,000 staf USIM, dengan pemasangan dibuat di bangunan Fakulti Pergigian, empat kolej kediaman di Nilai dan tiga kolej kediaman di Pandan Indah,” katanya di sini.

Menurut beliau, peningkatan infrastruktur internet ini memberikan manfaat besar kepada pelajar, terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran digital.

” Dengan capaian internet yang lebih stabil dan pantas, pelajar dapat mengakses bahan akademik dengan lebih cekap, mengikuti kuliah dalam talian tanpa gangguan, serta melibatkan diri dalam penyelidikan dan inovasi secara lebih lancar.

“Pelaksanaan projek ini bukan sahaja meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar tetapi juga menyokong transformasi nasional ke arah ekosistem pendigitalan yang lebih mampan,” tambah beliau.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya