Usaha UMT menjadi universiti marin terkemuka

Usaha UMT menjadi universiti marin terkemuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mempunyai matlamat dalam meletakkan universiti itu dalam senarai universiti marin terkemuka dan menjadikan universiti berkenaan sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang penyelidikan dan pendidikan berkaitan alam marin, lautan dan teknologi marin.

Menurut Naib Canselor UMT, Profesor Ir Dr. Mohd Zamri Ibrahim, pihaknya berhasrat memberikan sumbangan yang baik dalam usaha melestarikan sumber marin dan memajukan ilmu dalam bidang perikanan, bioteknologi, dan ekosistem laut.

UMT juga kata beliau, berhasrat menjadi sumber rujukan dengan tujuan meningkatkan pemahaman global terhadap ekosistem laut, menguatkan hubungan antarabangsa dengan agensi kerajaan, sektor swasta dan pengajian tinggi.

“Usaha UMT mengukuhkan kedudukan membuahkan hasil melalui penarafan di peringkat antarabangsa apabila tersenarai di kedudukan 195 terbaik dalam QS Asia UniversityRanking.

“Malah, universiti ini turut tersenarai pada kedudukan 251-300 dalam The Young University
Rankings dan berada pada kedudukan ke 160 dalam UI Green Metric World University Rankings,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, UMT turut memperkenalkan Program Kecerdasan Buatan (AI) dan Pendigitalan kepada warga universiti termasuk staf dan menjadikannya kursus wajib bagi pelajar sebelum menamatkan pembelajaran.

Tambahnya, usaha itu adalah untuk selari dengan matlamat kerajaan dalam memastikan kemahiran AI dikuasai oleh semua warga di negara ini seiring dengan perkembangan arus teknologi.

“Buat masa ini, kita cuma buat secara elektif dahulu yang kita tawarkan secara mikro, jadi bila-bila masa sahaja pelajar boleh mengikuti program tersebut secara dalam talian. Pada Oktober akan datang, baru ia dilaksanakan sebagai subjek wajib,”

“Untuk staf pula, program ini sudah bermula melalui bahagian bakat staf yang kita perkasakan,” jelasnya.

Mohd Zamri berkata, lapan tumpuan dan 45 strategi perlu dilaksanakan dalam menjayakan usaha UMT sebagai Universiti Marin Berfokus antaranya menawarkan program akademik berkaitan marin seperti Sarjana Muda Pengurusan Perkapalan dan Pelabuhan, Sarjana Muda Logistik dan Pengurusan Rangkaian Bekalan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya