UPSI pacu pembelajaran digital, SDG guna modul PSH

UPSI pacu pembelajaran digital, SDG guna modul PSH

SAIPOLBARIN (dua dari kanan), Pengarah Eksekutif KIBAS Enterprise, Mohamad Ibrahim Zainuddin (dua dari kiri) dan Ketua Jabatan Bahasa Moden, Dr. Taj Rijal Mohammad Romli (tiga dari kiri) pada majlis menandatangani perjanjian, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju inovasi digital dan pembelajaran sepanjang hayat dengan pengenalan Modul Transformatif Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).

Menurut Ketua Penyelidik Modul Transformatif PSH, Prof. Madya Dr. Saipolbarin Ramli,modul tersebut dibangunkan hasil penyelidikan di bawah Geran Penyelidikan Industri Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

“Modul Transformatif PSH tersebut diwujudkan tujuan meningkatkan profesionalisme Guru Takmir melalui teknologi digital dan pendekatan futuristik.

“Guru Takmir adalah guru bertauliah mengajar agama yang dilantik oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi pengajaran agama di surau,masjid dan institusi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN