UMT anjur festival Ramadan sempena ulang tahun ke -10 masjid - Utusan Malaysia

UMT anjur festival Ramadan sempena ulang tahun ke -10 masjid

ANTARA pelajar UMT yang hadir menikmati juadah sempena perayaan sambutan ulang tahun ke -10 masjid universiti berkenaan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS : Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) di bawah naungan Universiti Malaysia Terengganu(UMT) baru-baru ini menganjurkan Festival Ramadan UMT 2025.

Istimewanya, tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 penubuhan Masjid UMT sejak dirasmikan pada tahun 2015.

Menurut Ketua Pusat Islam Sultan Mahmud, Dr. Kasyfullah Abd Kadir konsep iftar berdulang yang dikongsi empat hingga lima orang berterusan menjadi kelainan yang dipraktikkan UMT dalam menghidupkan sunnah Rasulullah SAW.

“Selain mengeratkan ukhwah antara pelajar dan komuniti, ia juga menggalakkan budaya berkongsi rezeki dan kesederhanaan dalam berbuka puasa,” katanya.

Tambahnya, PISM menyediakan khidmat taska sementara yang dikendalikan oleh pelajar UMT bagi ibu bapa yang ingin menunaikan solat tarawih.

“Ramai ibu bapa, khususnya golongan ibu, tidak dapat menunaikan solat tarawih di masjid kerana perlu menjaga anak kecil. Dengan adanya taska sementara ini, mereka dapat beribadah dengan lebih tenang tanpa perlu risau akan anak mereka” ujar Dr. Kasyfulla.

Beliau berkata, antara 500 hingga 1,000 mahasiswa menikmati juadah berbuka percuma di Masjid UMT sepanjang bulan Ramadan.

Selain itu, UMT juga akan mengagihkan sumbangan Ramadan kepada keluarga miskin di sekitar kawasan kampus yang merupakan sebahagian program kebajikan universiti.

Selama 10 tahun, Masjid UMT telah menjadi lebih dari pusat ibadah bagi warga universiti, malah platform memperkukuh hubungan komuniti melalui pelbagai cara seperti iftar di atas dulang, ruang taska sementara bagi ibubapa yang menunaikan solat tarawih serta pelbagai program pengimarahan masjid. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya