UMNO Terengganu nafi guna wang royalti agih bantuan kepada rakyat

UMNO Terengganu nafi guna wang royalti agih bantuan kepada rakyat

ROZI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: UMNO Terengganu menafikan menggunakan wang royalti minyak untuk mengagihkan bantuan kepada rakyat di negeri ini melalui program turun padang yang dijalankan selama ini.

Pengerusinya, Datuk Rozi Mamat berkata, tuduhan tersebut berniat jahat dan mahu memberikan persepsi negatif terhadap kepemimpinan UMNO negeri Terengganu.

Katanya, semua wang diagihkan kepada golongan fakir miskin adalah wang yang diusahakan parti tanpa melibatkan duit royalti.

“UMNO Terengganu usaha sendiri sediakan dana bantuan sebab kita sebagai pemimpin kena fikirlah, cari macam mana cara yang sesuai agar kita ada peruntukan untuk membantu dan membela rakyat.  Pemimpin UMNO pun ada sumber sendiri, kita tak guna wang royalti pun dan kita tak pernah masuk campur hal tersebut,” katanya.

Terdahulu, tular dalam media sosial yang mendakwa kononnya kepemimpinan UMNO negeri menggunakan wang royalti untuk diberikan kepada rakyat. Tuduhan itu dibuat setelah melihat ada pemimpin parti tersebut yang menghulurkan sampul wang dengan logo UMNO. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN