UMNO Tapah lapor polis kain rentang 'Bebas Najib' di Ayer Kuning - Utusan Malaysia

UMNO Tapah lapor polis kain rentang ‘Bebas Najib’ di Ayer Kuning

KAIN rentang 'Bebas Najib' yang dikesan dipasang di Ayer Kuning di Tapah hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: UMNO Tapah menafikan pihaknya memasang kain rentang bertulis ‘Bebas Najib’ dan ‘Hormat Titah Adendum!’ yang dikesan di beberapa tempat di Ayer Kuning di sini hari ini.

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tapah, Syed Afzarizal Syed Salim berkata, walaupun kain rentang itu mempunyai lambang UMNO namun bukan parti itu yang memasang kain rentang berkenaan.

“Apabila diperiksa dan disemak dengan UMNO Bahagian dan negeri, memang tidak dikeluarkan kain rentang berkaitan Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak).

“Maknanya, ada pihak tidak bertanggungjawab yang telah menaikkan kain rentang itu bertujuan menimbulkan sentimen agar rakyat marah kepada kerajaan dan menjadikan ia satu isu menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Berikutan itu, beliau membuat laporan polis berhubung pemasangan kain rentang itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah petang tadi.

Beliau berkata, tindakan memasang kain rentang mengenai Najib itu merupakan propaganda pihak tidak bertanggungjawab menjelang PRK Ayer Kuning dan menyebar fitnah serta berniat jahat terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Kain rentang itu berunsur fitnah untuk membuatkan pengundi (PRK Ayer Kuning) berasa marah dengan anggapan UMNO dan BN tidak bersama dalam pembebasan Najib Tun Razak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya