Ulasan A Real Pain: Setiap kesedihan adalah nyata - Utusan Malaysia

Ulasan A Real Pain: Setiap kesedihan adalah nyata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELALUNYA akan ada keletihan atau sesuatu yang menyesakkan dada setiap kali saya menonton filem tentang kesedihan. Saya tidak kata ia buruk, cuma perlu bersedia menyediakan ruang dalam diri untuk perasaan-perasaan itu.

Namun filem A Real Pain (ARP) sutradara Jesse Eisenberg (Zombieland) memberikan saya pengalaman baharu. Ia bercerita tentang fasa kesedihan akibat kehilangan tanpa rasa seperti ditikam-tikam.

Dalam kata mudah, ia filem yang membuat kita bersenang-senang, santai dalam mengenal kesedihan. Bunyinya seperti bercanggah, ironi, bertentangan tapi begitulah ARP bekerja sesederhananya.

Filem ini seperti meletakkan kita di posisi merenung, tanpa perlu tenggelam di dalam watak yang memerlukan kita memindahkan kesedihan keluar daripada watak-watak tersebut ke bahu bahu kita.

Ceritanya mudah sahaja, bagaimana dua sepupu lakonan Eisenberg sendiri sebagai David dan Kieran Culkin yang gila mantap sebagai Benji kembara ke Poland setelah kematian nenek mereka. Dalam surat yang ditinggalkan, nenek mereka memberikan sedikit wang dan mereka terbang ke Poland mencari latar belakang nenek sebagai Yahudi.

David dan Benji memiliki personaliti berbeza. David seorang family man, taat dan penurut. Sementara Benji suka menyusahkan orang, nakal, keras kepala tapi sering menjadi pusat perhatian semua orang. Jika anda menonton ARP, tidak mudah untuk anda menyampah dengan perangai Benji. Dalam tour yang mereka hadiri, Benji adalah a real pain atau pepatah Inggeris a pain in the ass.

Namun begitu, ada wacana menarik yang ingin saya bawa keluar dari filem A Real Pain. Dalam dua watak itu, Benji sebenar­nya belum sembuh daripada kesedihan. Bagi Benji, nenek adalah satu-satunya manusia yang sayang dan mencintainya. Kehilangan nenek adalah tamparan besar membuatkannya hampir bunuh diri.

Berbeza dengan David yang sudahpun melepasi fasa itu. Dia tidak duduk di fasa kesedihan yang sama dengan Benji membuatkannya mempersoal mengapa Benji berperangai seperti itu.

Sepanjang filem ini juga, kita dibawa melawat sejarah Yahudi dalam krisis kemanusiaan terburuk apabila 3 juta bangsa Yahudi dibunuh secara kejam menggunakan gas di dalam rumah pembunuhan sebelum dibakar.

Saya berpendapat, A Real Pain cuba memberitahu, tidak kira di manapun kita, sama ada di era Poland semasa Holocaust, imigran, warga Amerika Syarikat zaman alaf baru, setiap kesedihan kita adalah nyata, sah dan valid. Walau David tidak merasai kesengsaraan Benji, dia harus akui kesedihan Benji adalah valid.

Setiap kesedihan harus dicermati dengan kata-kata baik juga kasih-sayang. Apa yang Benji perlukan dalam tempoh itu bukan wang, tapi pelukan panjang dari David, satu-satunya keluarga yang dimilikinya hari ini.

David pulang ke rumah selepas kembara mereka berakhir, meninggalkan batu dikutip di perkampungan arwah nenek dan memeluk keluarganya. Sementara Benji kekal di lapangan terbang. Menggenggam erat batu dari kampung nenek. Cuba menyelamatkan diri ketika kesunyian yang cuba membunuhnya sekali lagi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya