Ulang-alik 2KM padam kebakaran tahfiz

Ulang-alik 2KM padam kebakaran tahfiz

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran di sebuah pusat tahfiz di Kampung Chokro, Simpang Renggam, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Pasukan bomba terpaksa berulang-alik sejauh dua kilometer (km) untuk memadamkan kebakaran kediaman satu tingkat yang dijadikan pusat tahfiz dalam kejadian di Kampung Chokro di Simpang Renggam hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Renggam, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Nizar Ma’mun berkata, pasukan bomba dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran setelah menerima panggilan kecemasan.

Kata beliau, pihaknya yang dibantu anggota BBP Ayer Hitam serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Simpang Renggam perlu mendapatkan bekalan air dari pili bomba sejauh dua kilometer untuk memadamkan kebakaran itu.

“Para pelajar berkenaan menyedari kebakaran tersebut pada pukul 1.21 pagi.

“Operasi itu berjaya dikawal dan dipadamkan pada pukul 2.27 pagi serta operasi tamat sepenuhnya pukul 3.07 pagi,”  katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Kebakaran itu telah memusnahkan 70 peratus bangunan pusat tahfiz tersebut, manakala punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Bagaimanapun 12 pelajar selamat dalam kejadian itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya