Tukang rumah dipenjara enam tahun terima harta tebusan RM50,000

Tukang rumah dipenjara enam tahun terima harta tebusan RM50,000

SUPARMAN Aman (tengah) yang dituduh menerima harta tebusan dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU:  Seorang tukang rumah dipenjara enam tahun di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas kesalahan menerima harta tebusan iaitu wang tunai sebanyak  RM50,000 milik sebuah syarikat, lapan tahun lalu.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani membuat keputusan selepas tertuduh, Suparman Aman, 46, mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 5 Akta Penculikan 1961 (Semakan 1989) (Akta 365). 

Mengikut pertuduhan pilihan,  Suparman didakwa menerima harta tebusan iaitu wang tunai RM50,000 milik sebuah syarikat dengan mengetahui harta itu adalah harta tebusan. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Kuala Akob, Hulu Terengganu, pukul  3 pagi pada 24 Januari 2017.

Mahkamah kemudian mengarahkan hukuman penjara terhadap tertuduh bermula daripada tarikh tangkap iaitu pada 15 Mac 2022. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah dan Mohd. Khairuddin Idris manakala tertuduh diwakili peguam, Ghazali Ismail.

Pada 2 Julai 2020, tiga rakan tertuduh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan sebatan antara lima dan tujuh oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana menculik seorang wanita dengan meminta tebusan RM400,000.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed ketika itu membuat keputusan selepas kesemua tertuduh, Mohd Zairol Nizan Md Nor, 40; Mohd Khairul Anuar Musa, 42 dan Abdul Hadi Abu Bakar, 25, didapati bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. 

Dalam kejadian itu, mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan balik ke rumah selepas bersarapan di kedai berhampiran sebelum ditahan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan dibawa ke beberapa tempat.

Mangsa hanya dilepaskan dengan selamat pada pukul 1.30 pagi pada 24 Januari 2017 selepas wang tebusan sebanyak RM400,000 dibayar majikannya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya