Tukang cuci dipenjara curi wang pejabat ADUN

Tukang cuci dipenjara curi wang pejabat ADUN

C. MURLI (kanan) mengaku bersalah mencuri wang bernilai RM7,259 di pejabat ADUN Komtar ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret George Town, Pulau Pinang, semalam.-UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Seorang tu­kang cuci dihukum penjara 11 bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah mencuri wang bernilai RM7,259 di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, tahun lalu.

Tertuduh, C. Murli, 47, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh seorang jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah memecah masuk Pejabat ADUN Komtar dengan tujuan mencuri wang utiliti pejabat berkenaan.

Perbuatan itu didakwa dila­ku­kan pada 26 Disember 2024, kira-kira pukul 8.11 malam di Pejabat ADUN, Bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini.

Dia dituduh mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda atau sebat bagi kesalahan kedua dan seterusnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya