Tuduh kerajaan berdiam bila Islam dihina tidak berasas

Tuduh kerajaan berdiam bila Islam dihina tidak berasas

TUNKU NASHRUL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dakwaan bahawa kerajaan berdiam diri apabila Islam dihina adalah tidak berasas dan merupakan satu fitnah yang sengaja direka untuk mencetuskan sentimen perkauman serta menanam bibit kebencian.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, sesiapa pun yang menghina mana-mana agama di Malaysia akan tetap disiasat dan didakwa.

Katanya, terdapat usaha jahat sesetengah pihak yang berkepentingan yang cuba menanam persepsi ‘double standard’ atau pilih bulu dalam mengambil tindakan.

“Sebagai contoh kes kalimah Allah dipersenda melalui penjualan stokin, syarikat dan pembekal masing-masing didenda RM60,000, seorang lelaki persenda perkataan Allah didenda RM12,000 dan dipenjara 6 bulan. Kes lain membabitkan peniaga jagung bakar meletak notis perkauman, didenda RM400 manakala kes Harith Iskander dan Cecelia Yap masing-masing didenda RM10,000.

“Dalam kes yang saya senaraikan tadi, jelas semuanya disiasat, didakwa, dan akhirnya dihukum dan kesemua tindakan terbabit adalah berasaskan peruntukan undang-undang sedia ada dan setiap kes yang ada punca pelaporan akan melalui jalur proses dan hukum negara.

“Ini mesej yang tegas buat semua rakyat Malaysia untuk menghentikan budaya menghina mana-mana agama, budaya, dan kaum di mana-mana ruang di Malaysia,”katanya dalam taklimat harian Pejabat Perdana Menteri  hari ini..

Sebelum ini, enam kakitangan termasuk tiga penyampai  stesen radio swasta dipanggil ke Bukit Aman untuk dirakam percakapan berhubung siasatan mengenai dakwaan mempersenda upacara agama Hindu.

Selepas itu, tular di TikTok video seorang pengguna media membuat kenyataan mempersendakan ajaran agama Islam. 

Tindakan itu juga turut dilakukan oleh warganet lain sehingga mencetuskan ketegangan antara agama dan kaum di Malaysia. 

Perkembangan wujud dakwaan bahawa kerajaan tidak adil dalam mengenakan tindakan kepada mereka yang mempersendakan ajaran agama Islam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN