Trisha Ooi fokus kerjaya, belum sedia tamatkan zaman bujang - Utusan Malaysia

Trisha Ooi fokus kerjaya, belum sedia tamatkan zaman bujang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Trisha Ooi, 25, memaklumkan dia belum bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya.

Menurut pelakon yang popular menerusi drama Risik Pada Hati itu, hal demikian kerana dia ketika ini hanya mahu memberikan tumpuan kepada kerjaya seninya.

“Fokus saya bukan ke arah itu lagi (berkahwin). Sebab itu saya tak ada teman lelaki buat masa ini.

“Sejujurnya saya belum bersedia untuk berumah tangga. Tapi, kalau jodoh sudah sampai, saya tak mampu menolak,” katanya yang ditemui pada majli berbuka puasa anjuran Astro Shaw semalam.

Dalam pada itu, pemilik nama penuh Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi ini memaklumkan dia bersedia berhadapan pertanyaan dari keluarga dan sanak saudara mengenai perkahwinan.

“Saya okey sahaja kalau diasak dengan pertanyaan tersebut. Setiap kali bertemu keluarga ketika Hari Raya, mereka pasti akan bertanyakan soalan yang sama, lebih-lebih dua tiga tahun kebelakangan ini.

“Tapi saya harap soalan mereka tahun ini lebih tertumpu kepada kerjaya saya,” katanya berseloroh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya