Tradisi ketuk-ketuk, sahur terakhir atas Sungai Melaka

Tradisi ketuk-ketuk, sahur terakhir atas Sungai Melaka

TRADISI ketuk-ketuk sahur di Kampung Pengkalan Rama Pantai, Melaka mencipta kelainan tahun ini apabila diadakan atas bot MRC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tradisi ketuk-ketuk sahur yang sudah berlangsung sejak 1930 di Kampung Pengkalan Rama Pantai di sini, mencipta kelainan tahun ini apabila diadakan di atas bot Melaka River Cruise (MRC) sepanjang laluan pergi dan balik dari Taman Rempah.

Tambahan pula program tahunan yang disertai seramai 35 peserta itu menggamatkan suasana bersahur terakhir Ramadan ini dengan alunan kompang, rebana, harmonika dan kerincing dalam usaha mengejutkan penduduk.

Menurut Ketua Kumpulan Ketuk-ketuk Sahur Pengkalan Rama Pantai, Jepry Yusop, 47, tradisi turun-temurun itu menjadi simbol perpaduan penduduk kampung sejak hampir satu abad lalu.

“Kebiasaannya, setiap tahun kita lakukan di rumah-rumah tetapi tahun ini sebagai penutup Ramadan, kita lakukan kelainan dengan mengadakannya di atas bot MRC Melaka, sekali gus mengundang tumpuan pengunjung terutama pelancong di sepanjang Sungai Melaka.

“Aktiviti ini dijalankan secara sukarela tanpa sebarang bayaran oleh 30 hingga 70 penduduk, kebanyakannya orang muda.

“Kami harap generasi muda akan terus menghidupkan tradisi ini sebagai adat warisan yang mampu mengeratkan silaturahim dan menyemarakkan semangat Ramadan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Nor Hayalan Abd. Malek, 64, salah seorang peserta paling lama dalam kumpulan itu berkata, dia menyertai tradisi itu sejak usia 17 tahun yang diwarisi daripada datuk, neneknya sejak 1970.

“Bukan sekadar mengejutkan masyarakat bangun sahur, ketuk-ketuk sahur juga menjadi medium mempereratkan hubungan kejiranan dan mencipta kemeriahan Ramadan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya