Tolong jaga adab, batas sensitiviti agama – Mohd. Na’im

Tolong jaga adab, batas sensitiviti agama – Mohd. Na’im

MOHD. NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua pihak harus menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan yang dianuti majoriti rakyat di Malaysia, seperti termaktub dalam Perlembagaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar menegaskan, ini termasuk mengelakkan daripada menimbulkan sebarang isu yang boleh mencetuskan sensitiviti agama yang boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Saya merujuk kepada insiden penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW yang dilakukan di media sosial baru-baru ini.

“Perbuatan ini adalah tidak bertanggungjawab dan amat dikesali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, satu hantaran berbentuk komen yang dibuat oleh seorang pemilik akaun Facebook yang menghina Nabi Muhammad SAW dan juga amalan ibadah umat Islam dengan kata-kata yang tidak sopan dan berunsur penghinaan.

Dalam hal ini, Mohd. Na’im turut dukacita kerana insiden-insiden sebegini masih berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia yang seharusnya telah memahami batas-batas sensitiviti agama.

Katanya, mereka seharusnya tahu implikasi undang-undang dalam membuat sebarang kenyataan atau komentar, terutamanya di platform media sosial.

Sehubungan itu, jelas beliau, agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan terus memperkukuh usaha dan program kesedaran masyarakat bagi memastikan orang ramai lebih berwaspada dalam menggunakan media sosial.

“Semua perlu sentiasa menjaga adab dan batas sensitiviti agama. Usaha ini penting bagi memelihara keharmonian dan kesejahteraan antara kaum dan agama di negara kita,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya