TNB sumbang RM400,000 zakat wakalah, perkasa 20 masjid

TNB sumbang RM400,000 zakat wakalah, perkasa 20 masjid

Setiap masjid menerima sumbangan sebanyak RM20,000 bagi menyokong pelaksanaan aktiviti kebajikan dan pembangunan komuniti yang berterusan selain penambahbaikan fasiliti masjid.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyalurkan RM400,000 dalam bentuk Zakat Wakalah kepada 20 masjid terpilih di sekitar Pulau Pinang menerusi Program Ihya Ramadan tahun ini.

Setiap masjid menerima sumbangan sebanyak RM20,000 bagi menyokong pelaksanaan aktiviti kebajikan dan pembangunan komuniti yang berterusan selain penambahbaikan fasiliti masjid.

Antara usaha penambahbaikan yang dilaksanakan termasuk pembaikan bumbung serta sistem penyaman udara dan lampu, penambahbaikan ruang solat, pembinaan tandas tambahan serta pemasangan sistem audio visual bagi kemudahan pengajian dan ceramah agama.

Pengerusi TNB, Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid berkata, usaha itu bagi memastikan masjid bukan sahaja berfungsi sebagai tempat ibadah, tetapi juga sebagai pusat pembelajaran, kebajikan dan perpaduan masyarakat.

Tambahnya, inisiatif itu juga adalah bukti komitmen TNB dalam memperkukuh peranan masjid sebagai pusat komuniti yang penting dalam pembangunan sosial dan kesejahteraan setempat terutamanya dalam membina masa depan yang lebih sejahtera untuk masyarakat.

“TNB bukan sekadar pembekal tenaga elektrik, kami adalah sebahagian daripada komuniti dan ini adalah bukti komitmen kami.

“Sumbangan Zakat Wakalah ini adalah tanggungjawab kami kepada institusi keagamaan demi memastikan masjid kekal sebagai tempat yang memberi perlindungan, sokongan dan harapan kepada mereka yang memerlukan.

“Sejajar dengan semangat Ramadan, kami berharap sumbangan ini membawa makna yang lebih besar kepada rakyat, sama ada dalam bentuk kemudahan yang lebih baik atau bantuan terus kepada golongan yang kurang berkemampuan,” katanya dalam kenyataan.

Sumbangan disampaikan oleh Abdul Razak kepada para wakil pengurusan masjid terlibat yang turut disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir sempena Majlis Perasmian Masjid Jamek Perai.

Tambah Abdul Razak, inisiatif itu juga mencerminkan sokongan TNB terhadap aspirasi Malaysia Madani yang menitikberatkan nilai kemampanan, kesejahteraan dan keterangkuman sosial.

“Dengan memperkasa institusi keagamaan sebagai pusat pembangunan komuniti, ia akan membantu golongan yang memerlukan serta memupuk nilai keprihatinan dan perpaduan dalam masyarakat,” katanya.

Dalam usaha berterusan, TNB turut mengadakan Program Ihya’ Ramadan di Kompleks Balai Islam An-Nur, Bangsar yang mencerminkan komitmennya sebagai rakan komuniti melalui aktiviti harian seperti solat tarawih, iftar dan agihan lebih 2,000 pek makanan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya