Tineco, Ecovacs perkenal teknologi pembersihan rumah pintar

Tineco, Ecovacs perkenal teknologi pembersihan rumah pintar

ANTARA empat produk baharu yang diperkenalkan oleh Tineco dan Ecovacs pada majlis pelancaran yang diadakan di Pavillon Damansara Heights, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua jenama global dalam teknologi pembersihan rumah pintar, Tineco dan Ecovacs, melancarkan empat peranti pembersihan baharu dalam satu majlis eksklusif di Pavilion Damansara Heights, semalam.

Empat produk baharu yang diperkenalkan ialah Tineco S9 Artist, Tineco Switch S7 Stretch, Ecovacs T50 Pro Omni dan Ecovacs X8 Pro Omni yang masing-masing dilengkapi dengan teknologi terkini bagi memastikan pembersihan lebih cekap dan menyeluruh.

Menurut Pengurus Besar Tineco dan Ecovacs APAC dan Jepun, Peter Cao, produk-produk tersebut dibangunkan untuk memberikan penyelesaian pembersihan yang lebih efisien kepada pengguna.

“Kami memahami cabaran pembersihan rumah moden dan komited untuk memperkenalkan teknologi yang lebih cekap serta mampu mengurangkan pencemaran silang.

“Menyedari keperluan pengguna yang semakin berkembang, kami memperkenalkan teknologi OZMO ROLLER dalam DEEBOT X8 PRO OMNI, robot vakum pertama di dunia dengan sistem mop basuhan segera.

“Direka khas untuk kediaman di Asia Pasifik, produk ini menawarkan pembersihan yang lebih menyeluruh dan sekata, membantu mengurangkan pencemaran serta memastikan setiap sudut rumah dibersihkan dengan optimum,” katanya.

Dalam pada itu, Cao berkata, Tineco dan Ecovacs turut menegaskan komitmen mereka dalam inovasi teknologi rumah pintar bagi memenuhi keperluan pengguna yang mahukan penyelesaian pembersihan yang lebih cekap dan moden.

“Misi kami adalah untuk mencipta kehidupan yang diimpikan semua orang dengan teknologi pintar yang memudahkan urusan harian mereka.

“Kami teruja untuk memperkenalkan penyelesaian inovatif yang bukan sahaja akan mengubah cara orang membersihkan rumah tetapi juga meningkatkan kecekapan, menjimatkan masa dan memberikan pengalaman pembersihan yang lebih selesa dan menyenangkan,” katanya.

Difahamkan, pelancaran kali ini menampilkan produk dengan inovasi terkini serta vakum robotik yang lebih pintar dan mesra pengguna.

Ecovacs T50 Pro OMNI|Pembantu Pembersihan Serba Lengkap!

Antara produk utama yang diperkenalkan ialah Floor One S9 Artist yang dilengkapi teknologi SmoothDrive bagi memudahkan kawalan pergerakan 360 darjah, sistem FlashDry dengan air panas 85 darjah Celsius untuk pembersihan lebih efektif serta teknologi HyperStretch yang mampu mencapai ruang sempit setinggi 12.85cm.

Selain itu, Floor One Switch S7 Stretch menawarkan fungsi dua dalam satu sebagai pencuci lantai dan vakum, dengan rekaan DualBlock Anti-Tangle untuk mengelakkan rambut tersangkut serta bateri berkapasiti tinggi dengan jangka hayat sehingga 70 minit.

Pure One A50S Plus dan Pure One Station 5 pula menampilkan kuasa sedutan 185W dengan teknologi 3DSense Brush serta sistem vakum lipat 180 darjah untuk pembersihan lebih menyeluruh. Teknologi ZeroTangle yang terdapat pada model ini juga menjadikannya pilihan ideal bagi pemilik haiwan peliharaan.

Dalam pada itu, Ecovacs turut memperkenalkan Deebot X8 Pro Omni dan T50 Pro Omni yang dilengkapi teknologi OZMO ROLLER untuk mop basuhan segera, kuasa sedutan tinggi sehingga 18,000Pa, serta Stesen OMNI yang menawarkan pencucian mop air panas automatik untuk pengalaman pembersihan yang lebih efisien.

Tineco, yang ditubuhkan pada tahun 1998, merupakan sebuah syarikat teknologi tinggi dan anak syarikat milik penuh Ecovacs Group (SHA: 603486) yang memberi tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan teknologi inovatif serta kejuruteraan peralatan rumah pintar premium.

Pada tahun 2019, Tineco telah merevolusikan industri pembersih vakum dengan pelancaran “PURE ONE,” pembersih vakum pintar pertama yang mentakrifkan semula pengalaman pembersihan rumah dengan teknologi penderiaan habuk pintar.

Tidak lama selepas itu, Tineco turut memperkenalkan pembersih vakum pintar basah dan kering “FLOOR ONE” yang menerima pengiktirafan global.
Ecovacs Robotics pula merupakan peneraju global dalam bidang robotik perkhidmatan dengan komitmen terhadap “Robotics for All.” Sejak tahun 1998, syarikat ini telah mempelopori penyelidikan, reka bentuk, dan pembuatan robot, menjadikannya peneraju jualan kumulatif global dalam pembersih vakum robotik.

Dengan lebih daripada 28 juta pengguna di seluruh dunia, Ecovacs menawarkan pelbagai penyelesaian rumah pintar termasuk DEEBOT (robot pembersih vakum), WINBOT (robot pencuci tingkap), AIRBOT (pembersih udara), GOAT (robot pemotong rumput), dan DEEBOT PRO (robot pembersih komersial). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN