'Tindakan mohon maaf dipuji tapi siasatan polis tetap berjalan'

‘Tindakan mohon maaf dipuji tapi siasatan polis tetap berjalan’

SAIFUDDIN Nasution Ismail menyampaikan sumbangan wakalah kepada warga kementerian pada Majlis Iftar Menteri Dalam Negeri bersama Warga KDN di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin Nasution Ismail memuji tindakan mohon maaf dibuat tiga penyampai radio Era susulan isu hina agama baru-baru ini, namun dari segi undang-undang mereka tetap akan disiasat.

Menurutnya, sudah menjadi tanggungjawab polis untuk menyiasat kes itu memandangkan laporan polis telah pun dibuat.

“Perkara minta maaf itu merupakan satu perkara yang baik kerana mereka menyedari perbuatan itu tidak patut dilakukan.

“Tetapi proses undang-undang mesti bermula dengan setiap aduan dan ia perlu disiasat. Soalnya ‘damage is done’ dan kesan dia adalah ada yang tersinggung ataupun terasa,” katanya ketika ditemui selepas hadir pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada tindakan diambil polis keterlaluan walaupun permohonan maaf telah dibuat susulan insiden itu.

Dalam konteks hubungan kaum, kepelbagaian agama dan budaya di negara ini, Saifuddin berkata, insiden itu memberi satu pengajaran supaya setiap rakyat di negara ini sentiasa sensitif terhadap agama lain.

“Kita kena bersikap begitu baru lah hidup dalam rukun damai. Dalam kes ini, biarlah proses (siasatan) mengambil tempatnya,” katanya.

Sebelum ini, tiga penyampai radio Era, Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jazmin membuat permohonan maaf susulan insiden yang didakwa mempersenda perayaan Thaipusam.

Selain itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, polis sedang melengkapkan siasatan berhubung kes itu dan siasatan berhubung kes berkenaan akan dihantar ke Pejabat Peguam Negara (AGC) dalam masa terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya