Tindakan gantung stesen radio terlalu keras - Saravanan

Tindakan gantung stesen radio terlalu keras – Saravanan

M. SARAVANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menggantung stesen radio swasta Era FM terlalu keras dan tidak adil kepada pekerja lain yang tidak terlibat.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan berkata, kesalahan yang dilakukan oleh tiga penyampai radio tidak sepatutnya memberi kesan kepada seluruh kakitangan ERA FM.

Kata beliau, selepas stesen berkenaan telah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang terlibat.

“Kita bimbang jika stesen ini digantung, ramai pekerja daripada pelbagai kaum akan terkesan, terutama dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, MCMC mengeluarkan Notis Niat Penggantungan Lesen kepada Astro Audio, pengendali stesen radio Era FM, usulan penyebaran video tular memaparkan penyampainya mempersenda upacara agama Hindu.

MCMC berkata, pemegang lesen diberi tempoh selama 30 hari untuk memberikan maklum balas terhadap notis tersebut sebelum pihaknya membuat sebarang keputusan.

MCMC turut akan mengemukakan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya esok berhubung satu video mempersendakan agama Hindu yang dimuat naik ke akaun TikTok milik stesen radio Era FM.

Bagaimanapun, Saravanan menegaskan bahawa kerajaan perlu bertindak tegas terhadap individu yang mencetuskan ketegangan agama di media sosial kerana perkara ini boleh menggugat keharmonian negara.

“Pihak berkuasa termasuk polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) perlu mengambil tindakan terhadap golongan pelampau agama yang secara berterusan mengeluarkan kenyataan bersifat provokasi dan menanam bibit perpecahan antara kaum di negara ini,” katanya.

Kata beliau, tindakan perlu diambil terhadap individu-individu didakwa menghina Islam, sebagaimana tindakan dikenakan ke atas mereka yang memperlekehkan agama Hindu.

“Kita harus konsisten dalam penguatkuasaan undang-undang. Tidak boleh ada sikap pilih kasih dalam isu sensitif berkaitan kaum dan agama. Malaysia adalah negara berbilang kaum dan keharmonian mesti dijaga dengan sebaiknya.

“Ini bukan soal perkauman atau agama tetapi tentang menghormati sesama rakyat Malaysia dan memastikan keamanan negara tidak tergugat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya