SEPANG: Tiga penjenayah warga asing yang dikategorikan ganas dan berbahaya mati ditembak polis dalam satu kejadian di Desa Vista, Sepang, semalam. Ketiga-tiga penjenayah lelaki berusia antara 35 hingga 40 tahun itu dikesan bergiat aktif melakukan 17 kes samun dan pecah rumah di sekitar Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur sejak tahun lalu. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus berkata, kesemua suspek dipercayai bersembunyi di kawasan hutan selepas cuba menyamun sebuah kediaman di kawasan perumahan berhampiran Desa Vista. Katanya, kehadiran suspek dikesan selepas alat penggera keselamatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya