Tiga lagu Malaysia tercalon Best Song Asia - Utusan Malaysia

Tiga lagu Malaysia tercalon Best Song Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga lagu dari Malaysia telah tercalon dalam kategori Best Song Asia, Music Awards Japan (MAJ) 2025 yang bakal diumumkan Mei hadapan.

Lagu yang tersenarai ialah Masing-Masing (Ernie Zakri, Ade Govinda), SAH (Sarah Suhairi, Alfie Zumi) dan Sinar Pelangi (Projector Band).

Anugerah bagi kategori itu dianjurkan bagi memberi penghargaan kepada lagu yang telah memberikan impak kepada industri muzik dalam skala global.

Malaysia turut bersaing dengan 24 produk dari negara Asia yang lain antaranya Satu Bulan (Bernadya/ Indonesia), Supernova (Aespa, Korea Selatan) dan Ghost (Jeff Satur, Thailand).

Music Awards Japan 2025 kali ini menampilkan 62 kategori keseluruhan termasuk anugerah yang diberikan khas untuk penyanyi antarabangsa menerusi International Special Awards dan Best Song.

Acara kemuncak akan diadakan selama dua hari iaitu 21 dan 22 Mei ini di Kyoto, Jepun.

Setakat ini MAJ sudah menerima lebih 300,000 penyertaan pelbagai kategori sejak ia diumumkan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya