Tiga ibu mengandung diterbangkan melalui penerbangan

Tiga ibu mengandung diterbangkan melalui penerbangan ihsan PDRM

Diiringi jururawat selepas dibawa menggunakan helikopter PDRM untuk dirujuk ke HEBHK, Kluang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Tiga ibu yang berhadapan dengan komplikasi mengandung diterbangkan melalui penerbangan ihsan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi mendapatkan rawatan selanjutnya, selepas kediaman mereka terputus hubungan akibat laluan keluar ditenggelami banjir.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, ketiga-tiga pesakit yang diterbangkan hari ini melibatkan penduduk dari Kampung Orang Asli Sedohok, Pucur dan Sungai Peroh. 

Katanya, penerbangan telah dikendalikan oleh Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM diketuai juruterbang, Asisten Komisioner Faizul Muhammad dibantu Inspektor Mohd. Luqmanulhakim Mansor bersama pemerhati udara, Sarjan Mejor Jagjeet Kakar Singh serta Koperal Adeline Liu Yan Siu. 

“Tiga wanita yang diterbangkan ialah Norhamisah Bonel, 33, dari Kampung Orang Asli Sedohok; Nor Haliza Rosli, 22, dari Kampung Orang Asli Sungai Peroh dan Nacca Nazizi Rafie, 26, dari Kampung Orang Asli Puchur. 

“Semua wanita berkenaan berisiko melahirkan anak dalam kandungan mereka dengan usia kandungan masing-masing antara 36 hingga 37 minggu,” katanya.

Menurut Bahrin, ketiga-tiga mereka diterbangkan untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.

Ujarnya, operasi bermula pukul 11 pagi dan tamat kira-kira pukul 1 petang dengan semua pesakit dirujuk ke HEBHK menggunakan tiga buah ambulans milik Kementerian Kesihatan (KKM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya