Tiga bangkai penyu agar jantan ditemukan di Pantai Chakar Hutan

Tiga bangkai penyu agar jantan ditemukan di Pantai Chakar Hutan

SUKARELAWAN Persatuan Pemuliharaan dan Kajian Marin Malaysia (Pulihara) memeriksa keadaan bangkai penyu agar jantan yang ditemukan di Pantai Chakar Hutan, Kerteh, Kemaman, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Tiga ekor penyu agar jantan dewasa ditemukan mati di Pantai Chakar Hutan, Kerteh, di sini dalam tempoh kurang 48 jam, sejak kelmarin.

Pegawai Marin Persatuan Pemuliharaan dan Kajian Marin Malaysia (Pulihara), Muhammad Mustaqim Adzimul Asri berkata, ketiga-tiga bangkai reptilia marin dewasa itu yang dianggarkan berusia lebih 20 tahun ditemukan anggota sukarelawan persatuan itu ketika melakukan rondaan harian di pantai berkenaan.

“Bangkai penyu pertama ditemukan terdampar di pasir kira-kira pukul 1 pagi pada Khamis dalam keadaan fizikalnya telah mengembang, namun tiada sebarang kecederaan dijunmpai. Penyu ini mungkin lemas dalam pukat dan baru sahaja mati ketika ditemukan.

“Bangkai penyu kedua dijumpai kira-kira pukul 9 malam tadi iaitu pada jarak 400 meter dari lokasi penemuan bangkai penyu pertama manakala bangkai seekor lagi penyu ditemukan pada jarak 100 meter dari penyu kedua kira-kira pukul 7 pagi ini,” katanya hari ini. 

Muhammad Mustaqim berkata, pemeriksaan lanjut terhadap bangkai penyu kedua dan ketiga itu mendapati, cengkerang penyu itu terbuka dan terdapat kesan seperti tetakan di bahagian itu.

“Mungkin penyu ini tersangkut pada pukat nelayan dan terkena tetakan objek tajam ketika penyu itu cuba dilepaskan. Penyu kedua dan ketiga itu mungkin telah mati beberapa hari lepas kerana bangkainya berbau busuk. 

“Ketika ini penyu sudah bermula musim bertelur dan biasanya penyu jantan tidak naik ke darat dan hanya mengawan di tengah laut. Namun, semua penyu yang ditemukan mati ini adalah penyu jantan. Kita agak sedih dengan penemuan ini sebab saiz penyu itu sudah besar dan bukan mudah penyu nak capai usia lebih 20 tahun,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya