‘Tidak sedap jangan beli, tapi jangan hasut orang lain’ - Utusan Malaysia

‘Tidak sedap jangan beli, tapi jangan hasut orang lain’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Kalau tidak sedap, tak apa jangan beli lagi. Tapi janganlah hasut orang lain pula.”

Demikian kata pelakon, Zara Zya kepada seorang pengguna media sosial yang mengkritik kambing perap yang dijualnya tidak sepadan dengan berat yang diiklankan.

Zara menerusi sebuah hantaran di Facebook berkata, dia terbuka menerima teguran tersebut malah akan perbaiki kekurangan seperti dinyatakan oleh individu berkenaan.

“Terima kasih untuk semua yang komen, apa yang tak baik saya akan perbaiki.

“Kalau nak yang solid, puas hati beli yang ‘frozen’ punya ya, RM59 untuk 1.2kg. Tak ada sayur kubis yang dipotong macam orang malas dan sos pun asing,” katanya.

Sebelum ini, tular seorang pengguna aplikasi Facebook mendakwa daging kambing perap yang dijual oleh pelakon drama Hati Tercarik Luka itu tidak mencecah 150 gran seperti yang diiklankan di gerai jualan.

Malah, wanita terbabit turut memberikan penilaian hanya 1 daripada 10 terhadap juadah berkenaan pada perkongsian yang sama sebelum kenyataan itu dipadam.

“150 gram sekali dengan kubis, mungkin. Lepas buang kubis, tinggal 130 gram.

“Rasa dia 1/10. Masa beli memang tak boleh tengok isi sebab dah siap ‘packing’, kita tinggal bayar saja,” tulisnya.

Terdahulu, Zara telah meraih pujian dari kalangan warganet selepas melihat kegigihannya mencari rezeki pada bulan Ramadan dengan menjual perniagaan kambing perap Zara di Bazar Ramadan Jalan Kebun, Shah Alam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya