PETALING JAYA: Pelakon, Atikah Suhaime gembira menimang cahaya mata pertamanya kira-kira pukul 5.17 petang tadi.
Bayi perempuan seberat 2.9 kilogram itu selamat dilahirkan di sebuah perubatan di Petaling Jaya dan diberi nama Lyla Mulan Teh.
“Alhamdulillah tidak sangka sudah ada bayi.
“Lega sangat selepas melahirkan, sebab rasanya macam dah lama hamil,” katanya ringkas kepada Utusan Malaysia.
Pelakon Pencuri Hati Mr. Cinderella itu juga sempat mengabadikan momen bahagia itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi Instagram.
Terdahulu, Atikah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Lokman Teh pada 21 Januari tahun lalu dan mengumumkan berbadan dua pada September. -UTUSAN