Tidak pernah sekalipun saya terlupa mencintai awak - Neelofa - Utusan Malaysia

Tidak pernah sekalipun saya terlupa mencintai awak – Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selebriti dan usahawan, Neelofa, mencuri tumpuan apabila memuat naik hantaran menyentuh hati buat suami, Haris Ismail. 

Sempena ulang tahun perkahwinan mereka, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 36, mencurahkan perasaan cintanya terhadap suami selain mengakui bahagia bergelar isteri sepanjang empat tahun mendirikan rumah tangga. 

“Selamat ulang tahun perkahwinan, sayangku. Tidak pernah sekalipun saya terlupa mencintai awak, walaupun sesaat. 

“Sengaja berkongsi kembali video perkahwinan kita yang layak dimuat naik lebih daripada sekali,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram pada Sabtu. 

Bukan itu sahaja, dalam perkongsian yang sama, Neelofa turut berharap agar peminat terus mendoakan kebahagiaan mahligai mereka sehingga ke syurga.

“Doakan kami agar Allah terus kurniakan kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup kami bersama dunia dan akhirat,” tambahnya. 

Dalam pada itu, mengintai ruangan komen, ramai yang turut tersentuh membaca ucapan tersebut selain memberi gelaran ‘pasangan hingga syurga’ kepada mereka berdua. 

“Selamat ulang tahun perkahwinan pasangan bahagia hingga ke Jannah,” tulis satu komen. 

“MasyaAllah, till Jannah, amin,” tulis penyanyi, Aisha Retno. 

“Ayat cinta buat Haris cair,” usik satu komen. 

Terdahulu, Neelofa dan Haris sah bergelar suami isteri pada  27 Mac 2021.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN