Tiada unsur jenayah kes kematian isteri Ridzokumura

Tiada unsur jenayah kes kematian isteri Ridzokumura

HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tiada sebarang unsur jenayah berkaitan kes kematian isteri usahawan dan pempengaruh dikenali sebagai Ridzokumura yang maut terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya, Jumaat lalu.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan awal mendapati tiada elemen jenayah dikesan pihaknya bagi kes melibatkan wanita Jepun berkenaan setakat ini.

Jelas beliau, kes itu diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR) namun siasatan tetap dijalankan secara menyeluruh dengan mengambil kira semua aspek.

 “Walaupun di bawah SDR, proses siasatan tetap sama seperti biasa dan kami akan melihat sebarang kemungkinan sama ada unsur jenayah atau tindakan mangsa itu sendiri.

 “Jika terdapat bukti atau saksi yang menunjukkan wujud unsur jenayah, kami akan mengklasifikasikan semula kes mengikut kesalahan jenayah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, hari ini

Tambah Hussein, pihak kedutaan Jepun dan keluarga mangsa di negara itu turut telah dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

Beliau justeru meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi negatif tanpa mengetahui kesahihan maklumat.

“Saya meminta masyarakat supaya tidak memberi sebarang komen negatif tanpa mengetahui sebarang keterangan berkaitan.

“Siasatan masih berjalan dan kita akan teliti semua aspek sebelum membuat sebarang keputusan,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan seorang wanita Jepun ditemukan maut terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pasukan peronda dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan menerusi talian MERS 999, pada 8.07 pagi.

Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa berusia 50-an sudah meninggal dunia dan dalam keadaan tertiarap di atas tanah.

Mangsa adalah suri rumah dan sudah menetap di Malaysia kira-kira 14 tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya