Tiada cadangan rombak menteri, timbalan menteri DAP

Tiada cadangan rombak menteri, timbalan menteri DAP

ANTHONY Loke Siew Fook ketika ditemui pemberita pada Majlis Perjumpaan Menteri Pengangkutan Bersama Pemimpin Masyarakat dan Majlis Berbuka Puasa di Dewan Komuniti Taman Coral Height, Sikamat, Seremban hari ini. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: DAP tidak akan mencadangkan apa-apa pertukaran kepada Perdana Menteri melibatkan menteri dan timbalan menteri daripada parti itu susulan keputusan Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP semalam.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, wakil sedia ada parti itu dalam Kabinet akan dikekalkan dan keputusan CEC semalam tiada kena mengena dengan jawatan mereka dalam kerajaan.

“Tidak ada soal pertukaran dan ia (keputusan pemilihan) tidak ada kena-mengena, mereka masih mewakili DAP, jadi menteri atau pun timbalan menteri sama ada mereka adalah ahli CEC atau tidak, pada waktu ini mereka akan terus berkhidmat dengan jawatan sedia ada.

“Parti tidak akan cadangkan apa-apa pertukaran kepada Perdana Menteri, rombakan daripada DAP tidak akan timbul, kalau Perdana Menteri mahu buat rombakan sudah tentu beliau akan tanya pandangan parti juga.

“Saya selaku Setiausaha Agung parti tidak akan membuat apa-apa cadangan kepada Perdana Menteri untuk buat sebarang perubahan, ia adalah status quo,” katanya pada Majlis Perjumpaan Menteri Pengangkutan Bersama Pemimpin Masyarakat dan Majlis Berbuka Puasa di Dewan Komuniti Taman Coral Height, Sikamat di sini hari ini.

Jelas beliau lagi, pemilihan CEC merupakan urusan dalaman parti DAP dan tidak membabitkan parti lain yang turut serta dalam kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya