Tiada aduan makanan Bazar Ramadan dijual mahal di Johor - KPDN

Tiada aduan makanan Bazar Ramadan dijual mahal di Johor – KPDN

LILIS Saslinda Pornomo menunjukkan daging lembu segar yang dijual pada harga bawah pasaran semasa sesi walk about Program Jualan Rahmah Madani sempena Hari Raya Aidilfitri di Taman Nusa Damai, Pasir Gudang, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor tidak menerima sebarang aduan berkaitan harga jualan makanan mahal di Bazar Ramadan seluruh negeri, setakat ini.

 

Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, pihaknya bagaimanapun menerima empat aduan melibatkan peniaga yang gagal mempamerkan tanda harga jualan.

 

“Tindakan advokasi telah diambil dengan memberi teguran bagi memastikan urusan jual beli berjalan lancar.

 

“Setakat ini, tiada aduan rasmi diterima berhubung harga makanan yang tinggi. Alhamdulillah, tahap kesedaran peniaga dan pengunjung amat baik,” katanya selepas Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) sempena Aidilfitri 2025 di Taman Nusa Damai, Pasir Gudang, hari ini.

 

Lilis Saslinda berkata, PJRM berlangsung hingga 29 Mac dengan menawarkan potongan harga sehingga 30 peratus bagi keperluan asas di sembilan lokasi termasuk Pasir Gudang, Johor Bahru, Kluang, Segamat, Pontian dan Kota Tinggi.

 

“Program ini bertujuan membantu rakyat memperoleh keperluan asas pada harga berpatutan menjelang Aidilfitri,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya