Terminal Bersepadu Gombak mula operasi 15 Mac ini

Terminal Bersepadu Gombak mula operasi 15 Mac ini

MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook ketika bercakap pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja ke Terminal Bersepadu Gombak di sini hari ini. UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Terminal Bersepadu Gombak (TBG) bakal memulakan operasi secara berperingkat bermula 15 Mac ini dengan pelaksanaan perkhidmatan menurunkan penumpang dari Pantai Timur.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkhidmatan menurunkan penumpang akan melalui tempoh percubaan selama seminggu sebelum pengambilan penumpang pula dimulakan pada minggu berikutnya.

Kata beliau, pihaknya menyasarkan terminal tersebut dapat digunakan sepenuhnya menjelang musim perayaan Aidilfitri bagi mengurangkan kesesakan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

“Pada minggu pertama, terminal ini akan berfungsi sebagai lokasi drop-off (menurunkan) bagi penumpang yang tiba dari negeri-negeri Pantai Timur. 

“Sekiranya tempoh percubaan berjalan lancar, operasi penuh termasuk perkhidmatan mengambil penumpang akan bermula selepas itu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di TBG, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anthony Loke berkata, TBG berperanan sebagai hab pengangkutan utama yang mengintegrasikan perkhidmatan bas ekspres, Transit Aliran Ringan (LRT) dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang kini dalam pembinaan.

Katanya, kementerian sedang meneliti beberapa aspek penambahbaikan termasuk kemudahan laluan pejalan kaki berbumbung serta penyambungan terus antara terminal dengan Stesen ECRL Gombak bagi memastikan perjalanan pengguna lebih selesa dan efisien.

“Lawatan kerja saya hari ini bertujuan menilai tahap kesiapsiagaan operasi terminal ini. Dari segi infrastruktur dan kemudahan, hampir semuanya telah siap. 

“Namun, pihak Kementerian Pengangkutan bersama Jabatan Kerja Raya akan menjalankan pemeriksaan terakhir menjelang minggu hadapan bagi memastikan kelancaran operasi,” katanya.

Tambah beliau, TBG dijangka menjadi pusat transit utama bagi penumpang dari Pantai Timur ke ibu negara serta lokasi strategik bagi pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya