KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan 30 Mac ini sebagai Hari Kelepasan Am (cuti peristiwa) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar melalui Facebook rasminya malam ini.
“Manfaatkan ruang ini untuk bersama keluarga tercinta. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin,” tulisnya.
Umat Islam di Malaysia dijangka menyambut 1 Syawal sama ada pada 31 Mac atau 1 April, bergantung pada pengumuman rasmi yang akan dibuat pada malam 30 Mac ini. -UTUSAN