Terbuka bekerja dengan pengacara baru - Sissy Iman - Utusan Malaysia

Terbuka bekerja dengan pengacara baru – Sissy Iman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Walaupun namanya meraih pujian selepas mengendalikan Anugerah Juara Lagu ke-39, pengacara, Sissy Imann mengakui dia tidak pernah meninggi diri.

Ujar Sissy atau Sissy Imann binti Mohammad Kamil​, 27, dia tidak bersikap pilih bulu sebaliknya terbuka bekerjasama dengan mana-mana pengacara baharu selepas ini.

“Saya tidak memilih. Tawaran yang saya terima setakat ini pun menggandingkan saya dengan pengacara baru seperti penyampai radio, Fazziq Muqris dan pelakon, Haidar.

“Sebelum ini saya tidak pernah bekerjasama dengan mereka. Tapi okey sahaja sebab saya pun dikira masih baru. Bila lihat mereka, saya pun begitu juga waktu mula-mula dahulu,” katanya.

Sissy ditemui di Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Single ‘Zapin Malam Raya’ Ara Johari dan Trio Latah di Putrajaya, malam tadi.

Mengulas mengenai pengalamannya mengacarakan anugerah berprestij, penyanyi lagu Mungkin Kamu itu memaklumkan tidak membuka media sosial selepas acara tamat.

“Selepas AJL tamat, saya takut langsung tidak tengok media sosial kerana tidak mahu baca komen. Cuma ada beberapa orang ucap tahniah, tapi saya rasa ia perkara biasa sebab kita baru mengacarakan majlis.

“Kemudian saya terus berkemas dan terbang ke Taiwan. Bila sudah balik, barulah saya baca rupanya ramai yang suka, Alhamdulillah,” jelasnya yang menonton gaya pengacaraan Azwan Ali, Cheryl Samad, dan Sherry Alhadad sebagai persediaan.

Terdahulu, warganet mempertikaikan pemilihan Sissy Imann dan Naz Ahmad sebagai pengacara Anugerah Juara Lagu ke-39.

Bagaimanapun, Sissy dan Naz membuktikan kemampuan mengacarakan majlis berprestij itu dengan cemerlang.

Anugerah Juara Lagu ke-39 berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 16 Februari lalu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya