Tengok video Siti Nurhaliza, Ara Johari sertai perang lagu raya - Utusan Malaysia

Tengok video Siti Nurhaliza, Ara Johari sertai perang lagu raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Terkenal menyanyikan lagu rock bernada tinggi, penyanyi, Ara Johari, membuat kelainan apabila pertama kali membawa lagu berentak tradisional dalam Zapin Malam Raya.

Menyedari lambakan lagu raya bakal berperang tahun ini, Ara atau Nurfarrah Izzatie Johari, 27, mengakui kerdil jika dibandingkan dengan lagu lain terutama nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza yang turut menampilkan lagu zapin.

“Saya keluarkan lagu raya sebab ikhlas mahu berkarya. Kalau ada yang suka Alhamdulillah, jika tidak saya tidak boleh puaskan hati semua.

“Lagu raya tahun ini semuanya sedap, takut juga. Saya adalah peminat Datuk Siti. Walaupun saya keluarkan lagu raya, saya sokong dan dengar juga yang lain,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Naib Juara Anugerah Juara Lagu ke-33 itu juga mengakui banyak menonton video nyanyi Siti untuk mendapat inspirasi menyanyikan lenggok lagu-lagu tradisional.

“Orang tidak tahu, tapi saya sebenarnya suka lagu-lagu tradisional. Jiwa saya sangat Melayu. Betul, saya tidak pernah hasilkan lagu tradisional cuma kali ini saya betul mahu mencuba.

“Kalau tak berjaya buat lenggok dan orang kecam, tidak mengapalah asalkan sudah cuba.

“Tapi sepanjang proses ini, saya banyak belajar lenggok daripada lagu-lagu seperti nyanyian Siti Nurhaliza,” tambahnya.

Menerusi lagu Zapin Malam Raya, Ara turut menggabungkan loghat dari Negeri Sembilan dan Terengganu di samping bekerjasama dengan pelawak Trio Latah.

“Saya mahu buat keunikan iaitu menggambungkan dua loghat negeri dalam satu lagu. Menariknya komposer lagu ini pun mahir kedua-dua loghat itu.

“Lagu raya begini pula beri aura mahu beraya. Lagipula pendengar di Malaysia sudah berbeza, mungkin mereka suka dengar lagu-lagi kita.

“Trio Latah ini asalnya pelawak tapi saya sedar suara mereka sedap. Saya katakan pada pengurus untuk gabungkan mereka dan nyanyi bersama.

“Lagu unik memerlukan penyanyi yang unik,” tambahnya.

Zapin Malam Raya baru selesai dirakam dan kini dalam proses pembikinan video muzik. Lagu tersebut dijangka menemui pendengar bulan ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya