Telupid dan Putrajaya dinobat bandar paling bahagia

Telupid dan Putrajaya dinobat bandar paling bahagia

NGA Kor Ming menyampaikan sijil kepada Perbadanan Putrajaya selepas dinobatkan bandar paling bahagia berdasarkan Kajian Indeks Kebahagian 2025 di KPKT Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bandar Telupid, Sabah dan Putrajaya dinobatkan sebagai bandar paling bahagia berdasarkan Kajian Indeks Kebahagian 2025 yang diumumkan hari ini.

Telupid diisytiharkan bandar paling bahagia bagi kategori majlis daerah, manakala Putrajaya berada di atas bagi kategori majlis bandaraya atau perbandaran.

Dua bandar itu adalah antara 20 bandar paling bahagia di negara ini yang disenaraikan berdasarkan Kajian Indeks Kebahagian.

Bandar lain tersenarai di bawah kategori majlis daerah termasuk Kuala Lipis, Cameron Highlands, Kuala Krai, Bandar Baharu, Kuala Pilah, Jerantut dan Jelebu.

Manakala, bagi kategori majlis bandaraya pula ialah Bintulu, Temerloh, Johor Bahru, Klang, Port Dickson, Jasin, Pontian, Ampang Jaya, Batu Pahat, Bandaraya Melaka Bersejarah dan Petaling Jaya.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ngan Kor Ming berkata, 20 bandar paling bahagia itu terpilih dalam kalangan 153 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata, Kajian Indeks Kebahagiaan mendedahkan 115 bandar (75 peratus) mencapai status bahagia dan 38 bandar (25 peratus) mencapai status sederhana bahagia.

“Tahap kebahagiaan penduduk di dalam kawasan PBT diukur melalui Indeks Kebahagiaan di bawah Program Jaringan Penunjuk Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia (MURNInets), yang diselia oleh KPKT melalui PLANMalaysia.

“Indeks kebahagiaan merupakan pengukuran umum terhadap tahap kesejahteraan penduduk yang merangkumi aspek kesihatan, kesejahteraan mental dan fizikal serta tahap dan kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh PBT.

“Ia merangkumi penjagaan kebersihan persekitaran, pengurusan sisa pepejal dan kutipan sampah yang berkesan dan teratur,” katanya ketika ditemui pada majlis Sambutan Hari Kebahagian Sedunia Peringkat Kebangsaan 2025, di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, Indeks Kebahagiaan Malaysia telah menunjukkan peningkatan sebanyak lima mata dari lima tahun sebelum ini, iaitu daripada pencapaian 83.34 peratus pada tahun 2020 kepada 88.84 peratus pada tahun 2025.

Katanya, dalam memastikan tahap Kebahagian penduduk terjamin, kerajaan Madani terus mempergiatkan inisiatif dan ikhtiar yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.

“Ia termasuk meletakkan sasaran 500,000 unit Rumah Mampu Milik (RMM), pelaksanaan 6,000 projek pembangunan infrastruktur awam asas, penutupan 2,500 tapak pelupusan sampah haram dan pembinaan 100 buah Taman Awam Madani,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya