TDM terima empat helikopter AW149 seawal 2027 - Utusan Malaysia

TDM terima empat helikopter AW149 seawal 2027

Hafizuddeain menghadiri Perbarisan Hari Tentera Darat Ke-92 di Dataran PTD Kem Perdana Sungai Besi,
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tentera Darat Malaysia (TDM) dijangka menerima empat helikopter AW149 seawal tahun 2027.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, ia berikutan pembelian 28 unit helikopter secara kontrak pajakan dengan kos sebanyak RM16 bilion untuk tempoh 15 tahun.

“Kita difahamkan paling awal akan menerima helikopter ini menjelang 2027 walaupun cuma empat pesawat sahaja diterima.

“Tetapi kita berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana ini sedikit sebanyak dapat menutup jurang keupayaan kemampuan sistem pertahanan yang kita ada sekarang ini dari segi keupayaan pengangkutan udara,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Perbarisan Hari Tentera Darat Ke-92 di Dataran PTD Kem Perdana Sungai Besi, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, kerajaan merancang untuk membuka semula tender bagi kontrak sewaan helikopter Black Hawk bagi kegunaan Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) pada masa hadapan.

Hafizuddeain berkata, beberapa syarikat telah pun mengemukakan kertas cadangan bagi menawarkan diri untuk membekalkan pesawat berkendan.

“Buat masa ini, parameter tetap kekal iaitu nilai projek mash pada paras RM200 juta dan kita memerlukan sewaan lima tahun untuk empat pesawat.

“Tentera Darat masih lagi membuka ruang untuk sebarang cadangan daripada mana-mana pihak yang berminat dan berkemampuan untuk projek ini,” katanya. 

November lalu, Kementerian Pertahanan menyerahkan notis pembatalan kontrak sewaan empat helikopter Black Hawk kepada syarikat yang sebelum ini telah memenangi tender berkenaan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tindakan itu diambil selepas syarikat berkenaan gagal memenuhi tarikh akhir yang ditetapkan meskipun telah dilanjutkan hingga akhir Oktober lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya