Tambang bas ke Pantai Timur naik, tiket tetap laris terjual

Tambang bas ke Pantai Timur naik, tiket tetap laris terjual

PUSAT Pengangkutan Terminal 1 Seremban, Negeri Sembilan menjadi tumpuan orang ramai mendapatkan tiket bas ekspres untuk pulang beraya ke kampung.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Walaupun harga tiket bas ekspres bagi perjalanan sempena Hari Raya Aidilfitri ke Pantai Timur meningkat, permintaan terhadapnya tetap tinggi dengan tiket laris dijual.

Setiap tahun, fenomena ini berulang apabila ribuan perantau mula membuat persiapan pulang ke kampung halaman bagi menyambut perayaan bersama keluarga tersayang.

Tinjauan Utusan Malaysia di Kaunter Tiket Berpusat, Pusat Pengangkutan Terminal 1 Seremban di sini mendapati, tiket perjalanan ke destinasi Pantai Timur hampir habis terjual, terutama bagi tarikh 25 hingga 30 Mac.

Difahamkan, sebanyak 20,000 tiket disediakan oleh beberapa syarikat bas bagi laluan ke Kelantan, Terengganu dan Pahang, namun jumlah tersebut masih tidak mencukupi untuk menampung permintaan tinggi berbanding tiket perjalanan ke utara seperti Butterworth, Pulau Pinang.

Juruwang kaunter, Rohayu Abu Manaf, 56, berkata, seba­nyak 80 peratus tiket bas ekspres ke Pantai Timur telah terjual, dan kemungkinan tiket tambahan akan dibuka pada saat akhir oleh syarikat bas ekspres bagi menampung permintaan tinggi.

“Kebanyakan penumpang telah membeli tiket lebih awal kerana tidak mahu terlepas peluang mendapatkan tempat duduk,” katanya.

Dalam pada itu, pelajar, Hanisah Jaafar, 28, berkata, meskipun berlaku sedikit kenaikan harga tiket, bas tetap menjadi pilihan utama kerana kosnya masih lebih murah berbanding pengangkutan lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya