Takut didakwa terlibat pengubahan wang haram, peniaga rugi RM1.28 juta - Utusan Malaysia

Takut didakwa terlibat pengubahan wang haram, peniaga rugi RM1.28 juta

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Bimbang ditangkap kerana kononnya terlibat aktiviti pengubahan wang haram, seorang peniaga kerugian kira-kira RM1.28 juta selepas terpedaya sindiket ‘phone scam’.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintenden Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata, penipuan itu bermula selepas wanita berusia 45 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang individu tidak dikenali pada 2 Disember lalu yang mendakwa akaun banknya disekat akibat tunggakan hutang kereta.

Katanya, panggilan telefon itu kemudiannya disambung kepada pihak bank sebelum dia dihubungi oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengatakan terlibat dengan pengubahan wang haram.

“Oleh kerana takut, mangsa telah mengikut arahan yang diberikan suspek dengan membuat tujuh pindahan wang secara berperingkat mulai 3 Disember hingga 10 Februari lalu.

“Pindahan wang itu dimasukkan ke dalam tiga akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1,285,230,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, suspek memaklumkan kepada mangsa bahawa dia akan dihubungi semula untuk pemulangan wang namun tiada sebarang panggilan diterima selepas itu.

Katanya, mangsa hanya menyedari ditipu selepas memberitahu rakannya mengenai kejadian tersebut dan membuat laporan polis pada semalam.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan pelaku yang terlibat. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya