Tak pernah cakap mahu berhenti berlakon - Fathia Latiff - Utusan Malaysia

Tak pernah cakap mahu berhenti berlakon – Fathia Latiff

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fathia Latiff, tidak menafikan dia sedikit terkilan kerana dirinya semakin dilupakan penerbit dan pengarah tempatan.

Kata Fathia, hal demikian kerana, selain Erma Fatima, setakat ini belum ada pengarah dan penerbit lain yang menawarkan kerja lakonan kepadanya.

“Saya tak tahulah kenapa saya tak terima tawaran berlakon, saya pun menunggu juga ditawarkan mana-mana penerbit atau pengarah. 

“Saya tak pernah cakap yang saya sudah tidak lagi berlakon. Tapi mungkin ramai yang beranggapan sebaliknya.

“Terkilan jugalah saya bila perkara ini berlaku. Yang bagi peluang pun hanya Erma sahaja. 

“Apa pun saya percaya pada rezeki. Kalau ada, saya tak akan tolak. Jadi kepada mana-mana penerbit, hubungilah saya kalau perlukan khidmat lakonan saya,” katanya. 

Fathia berkata demikian pada sidang media drama Bidaah anjuran platform penstriman Viu Malaysia, baru-baru ini.

Bercakap mengenai masalah skizofrenia yang dihadapinya, pelakon berusia 37 tahun ini memaklumkan dia berpada-pada dalam berkongsi kandungan di media sosial. 

Kata Fathia, langkah itu adalah untuk menjaga kesihatan mentalnya.

“Saya sekarang memang jarang berkongsi mengenai kehidupan peribadi di media sosial. Hidup saya lebih private sekarang ini.

“Ini semua adalah untuk kesihatan mental saya. Lebih baik saya tidak berkongsi perkara peribadi di media sosial melainkan perkara berkaitan kerja,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya