Tak nampak kantung sebab saya bukan mengandung - isteri Azlan Komeng - Utusan Malaysia

Tak nampak kantung sebab saya bukan mengandung – isteri Azlan Komeng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isteri kepada pelakon Azlan Komeng, Nur Nilam Ortis, 45, tampil membetulkan salah faham apabila ada yang menyangka dirinya kini berbadan dua. 

Jelas Nilam, spekulasi itu timbul selepas dia memuat naik video memaparkan pemeriksaan imbasan ultra bunyi di aplikasi TikTok, baru-baru ini.

“Memang tidak nampak kantung dalam video itu sebab saya bukan mengandung.

“Saya pergi periksa fibroid dan cyst. Bila saya muat naik video itu, ramai pula salah faham.

“Waktu itu abang Lan (Azlan Komeng) ambil video, tapi belakang telefon itu ada gambar saya, bagi saya manis,” katanya menerusi sebuah video, baru-baru ini.

Nilam berkata demikian ketika menjawab respons seorang pengguna yang mempersoal keadaan imbasan rahimnya. 

Bagaimanapun, Nilam tidak menolak seandainya dia diberikan rezeki untuk memiliki zuriat suatu hari nanti.

“Perancangan itu ada, ramai juga yang doakan. Terima kasih orang-orang baik.

“Cuma saya tidak mengandung, jangan salah faham,” katanya. 

Terdahulu, rumah tangga Azlan Komeng mencuri perhatian apabila Nilam memberi bayangan bahawa suaminya bakal berkahwin dua tidak lama lagi. 

Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya