Syed Ibrahim pertahan jawatan Majlis Pimpinan Pusat PKR

Syed Ibrahim pertahan jawatan Majlis Pimpinan Pusat PKR

SYED IBRAHIM Syed Noh (tiga dari kiri) beramah mesra dengan pengamal media pada majlis berbuka puasa di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh mahu mempertahankan jawatan yang disandangnya sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR pada pemilihan parti, bermula April ini.

Syed Ibrahim turut akan mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Cabang Ledang yang dijangka tidak dicabar pada pemilihan kali ini.

“Saya penyandang Ketua Cabang Ledang dan akan pertahankan jawatan itu. Setakat yang saya maklum, tidak ada pencalonan lain dan hanya perlu tunggu keputusan rasmi mengenai kemenangan itu.

“Saya juga adalah penyandang jawatan Majlis Pimpinan Pusat dan saya telah membuat pengumuman dalam mesyuarat agung baru-baru ini untuk pertahankan jawatan yang dipegang sejak penggal lalu,” katanya ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Pakatan Harapan (PH) Johor Bersama Media, di sini semalam.

Syed Ibrahim berkata, pencalonan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat belum lagi dibuka dan pemilihan akan bermula di peringkat cabang, kemudian diikuti peringkat pusat.

“Saya percaya kedudukan sebagai Pengerusi Keadilan Negeri Johor, Ketua Cabang, Ahli Parlimen, Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Perpaduan akan memberi kelebihan yang saya boleh teruskan sumbangan kepada parti.

“Bagi jawatan Pengerusi Keadilan Negeri Johor, ia tidak ada pemilihan dan jawatan tersebut adalah lantikan oleh Presiden parti. Jadi, pada masa ini, mana-mana jawatan Majlis Pimpinan Pusat dan lantikan Presiden masih kekal sehingga kongres berlangsung,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya