Syarat pendakian Gunung Kinabalu akan diperketat

Syarat pendakian Gunung Kinabalu akan diperketat

PENDAKI memulakan pendakian ke Gunung Kinabalu, Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri melalui Taman-taman Sabah (TTS) dalam proses melakukan penelitian bagi menambah baik syarat-syarat pendakian ke Gunung Kinabalu.

Pengarah TTS, Dr Maklarin Lakim berkata, pihaknya dalam proses melakukan penambahbaikan terhadap syarat-syarat pendakian sedia ada.

Langkah itu diambil susulan kes pendaki meninggal dunia pada bulan lalu yang membabitkan dua warga emas termasuk seorang lelaki warga British berusia 74 tahun.

Pada masa ini, proses siasatan mengenai insiden kematian itu masih dilakukan dan laporannya akan diketahui tidak lama lagi.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Christina Liew berkata, biarpun Prosedur Keselamatan Mendaki Gunung Kinabalu telah dilancarkan tahun lalu, namun penambahbaikan masih perlu dilakukan.

“Berdasarkan prosedur yang dikeluarkan, apabila umur pendaki mencapai tahap tertentu, mereka perlu menjalani latihan gunung berisiko tinggi sebelum melakukan pendakian di Gunung Kinabalu,” katanya ketika ditemui, semalam.

Beliau berkata, sama ada syarat baharu akan memberi kesan kepada pendaki yang telah berdaftar atau tidak, perkara itu akan diputuskan kemudian.

“Syarat-syarat yang akan ditambah baik hanya sebagai langkah mempertingkatkan tahap keselamatan semasa mendaki bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya