Syabu bernilai lebih RM700,000 dirampas di perairan Teluk Kumbar

Syabu bernilai lebih RM700,000 dirampas di perairan Teluk Kumbar

SEBAHAGIAN daripada dadah jenis syabu yang dirampas dalam satu operasi khas oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu di perairan Teluk Kumbar, Pulau Pinang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu berjaya merampas syabu bernilai RM728,704 dan menahan lima suspek warga asing dalam satu operasi khas membanteras penyeludupan dadah di perairan Teluk Kumbar di sini, semalam.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, terdahulu, pasukan PPM berjaya mengesan sebuah bot yang berada dalam keadaan mencurigakan di perairan tersebut atas maklumat risikan.

Katanya, ketika dihampiri, suspek yang berada di atas bot berkenaan bagaimanapun bertindak membuang barang kes ke dalam laut sebelum melarikan diri ke darat berhampiran di Pantai Teluk Bayu, Sungai Batu di sini.

“Bot itu pula kemudiannya tenggelam akibat pelanggaran dengan batu,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Rusley, tindakan pantas pasukan operasi seterusnya berjaya menahan kesemua suspek beberapa jam selepas kejadian di kawasan berhampiran.

“Pemeriksaan lanjut membawa kepada rampasan sebanyak 22 bungkusan kuning keemasan yang mengandungi plastik lutsinar berisi ketulan mampat kristal jernih disyaki syabu seberat 22.772 kilogram (kg).

“Selain itu, sebuah kenderaan jenis Hyundai Tucson bernilai RM150,000 serta empat telefon bimbit pelbagai jenis bernilai RM5,000 turut disita dalam operasi terbabit,” katanya.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kesemua lima suspek warga asing yang ditahan itu kini direman sehingga 28 Mac ini bagi membantu siasatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya