Swasta perlu proaktif beri peluang untuk wanita

Swasta perlu proaktif beri peluang untuk wanita

ANWAR Ibrahim beramah mesra dengan hadirin pada Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025 di WTC Kuala Lumpur semalam. – MINGGUAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sektor swasta diminta lebih proaktif dan bertanggungjawab dalam menilai peluang pekerjaan bagi wanita, khususnya dalam pengambilan dan kepemimpinan di peringkat tertinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, syarikat-syarikat besar dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) terutamanya bertanggungjawab untuk menilai kekurangan pekerja wanita di peringkat berkenaan.

Beliau berkata, penglibatan wanita di syarikat swasta agak parah kerana penyertaan mereka yang sangat minimum.

“Kita tidak pilih wanita itu secara kebetulan kerana dia wanita tetapi untuk berlaku adil, kita pilih kerana mereka mempunyai peluang dan kewibawaan dengan rekod yang cemerlang dan tidak harus disisihkan, ditinggalkan semata-mata kerana mereka kebetulan wanita.

“Sebab itu, kerajaan harus menjadi contoh yang baik. Walaupun kini terdapat peningkatan dengan 30 peratus jawatan pegawai-pegawai Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dan ke atas dipegang oleh wanita, masih ada ruang untuk penambahbaikan.

“Jika kerajaan tidak menunjukkan contoh permulaan, sukar untuk menggesa syarikat-syarikat swasta mengikut jejak yang sama,” katanya ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini, semalam.

Sambutan kali ini bertemakan ‘Wanita Beraspirasi, Membina Legasi’ yang membawa maksud, wanita bukan hanya bermimpi besar, tetapi mampu merealisasikan impian mereka dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, politik, pendidikan, teknologi dan masyarakat.

Tambah Perdana Menteri, beliau mahu ruang dan peluang secukupnya diberikan kepada golongan wanita dalam semua aspek pembangunan negara.

Katanya, perkara itu perlu diberi perhatian kerana masih mempunyai kekurangan penglibatan golongan wanita termasuk pada peringkat pembuat dasar.

“Setiap kementerian perlu menumpukan program anjuran bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ke arah memperkasakan golongan wanita.

“Setiap kementerian, bicara soal perpaduan ada peranan wanita. Kena ada komunikasi, mesti beri ruang yang secukupnya kepada wanita dalam kalangan penjawat awam, walaupun kita saksikan beberapa tokoh utama yang diberikan ruang, kedudukan yang baik dengan prestasi yang membanggakan.

“Saya gesa Ketua Setiausaha Negara supaya mencari jalan meningkatkan peranan dan kedudukan wanita setimpal dengan keupayaan mereka,” katanya.

Jelas Perdana Menteri, kekurangan wanita dalam bidang politik juga merupakan satu cabaran paling besar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya